Kepada anda yang baru sahaja bersama kami, Projek Wakaf Al-Quran ini berkonsepkan ‘beli, taja dan wakaf. Laman Ilmu Publication merupakan Pengusaha Utama projek ini dengan sedaya-upaya menyediakan platform (Laman Web dan Mobile APPS) bagi memudahkan orang ramai untuk berwakaf Al-Quran dan Kitab Pengajian untuk Ummah di dalam Negara dan ke seluruh dunia
Kami faham, ramai diantara anda yang mencari jalan untuk berwakaf Ramadan tahun lepas 2020 namun tidak kesampaian kerana negara dilanda wabak Covid19. Apatah lagi dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) membataskan pergerakan untuk mencari golongan sasaran dan institusi yang memerlukan. Kami juga mengalami keterbatasan yang sama.
Kini usah risau lagi, maka inilah peluang sekali dalam setahun untuk menggandakan Amalan Berwakaf sepanjang Ramadan 2021. Anda boleh berwakaf untuk diri anda sendiri dan niatkan kepada ibubapa dan orang yang tersayang samada yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
Anda kini boleh berwakaf hanya dengan 3 langkah Mudah ini. CEPAT, MUDAH dan DIYAKINI. InshaAllah
Siapa Kami?
Sukacita dimaklumkan bahawa Laman Ilmu Publication telah menganjurkan PROJEK WAKAF LAMAN ILMU sejak April 2014. InshaAllah berbekalkan pengalaman hampir 10 tahun ini, kini kami mensasarkan sebanyak 20,000 Naskah Al-Quran untuk diwakafkan sepanjang Ramadan 2021. Dengan itu, anda boleh Download Applikasi iWakaf bagi melancarkan dan memudahkan lagi urusan wakaf anda.
Objektif Projek Ini
Objektif Projek Wakaf ini adalah untuk memudahcarakan urusan wakaf orang ramai dengan meyumbang dana mewakafkan naskah Al-Quran dan Kitab Pengajian untuk diagihkan ke sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah-sekolah menengah, menengah agama, tahfiz, pondok dan madrasah, surau-surau dan masjid-masjid.
Kerjasama Serantau
Kami juga bekerjasama dengan sukarelawan serantau didalam dan luar negara yang mengagihkan Al-Quran wakaf ini ke luar negara seperti di rantau Asia Tenggara iaitu di Narathiwat, Thailand, Bandar Illigan, Filipina dan sebagainya.
Membudayakan Amalan Berwakaf
Selain itu tujuan kami mengusahakan Projek Wakaf ini adalah untuk membudayakan amalan berwakaf dikalangan masyarakat dan umat Islam di Malaysia khususnya. Ia juga adalah sebagai usaha berterusan menyediakan naskah Al-Quran dan Kitab Pengajian untuk diagihkan kepada golongan sasaran (terutamanya pelajar) yang memerlukan.
Apa kata mereka?
Alhamdulillah, kami telah menerima testimoni dan kata-kata semangat daripada pewakaf-pewakaf dari seluruh negara.
Alhamdulillah. Teruskan usaha. Teruskan update di FB dan lamanweb. InshaAllah kami sentiasa mengikuti projek wakaf ini" -Arsidi Maidi -KUALA LUMPUR
"Teruskan projek ini untuk tahun-tahun berikutnya serta pertingkatkan promosi untuk muslimin muslimat akan kepentingan berwakaf" -Nadzrul Shah –SELANGOR
"Syabas, satu usaha yg baik" -Yazliana Yusof -PULAU PINANG
"Terima kasih kerana mewujudkan projek wakaf macam ni.. ini boleh memberi kesedaran kpd semua betapa pentingnya kita membantu org2 yg memerlukan sambil beramal..." -Serimah Awang Teh -PAHANG
"Sangat baik... teruskan!" -Muyani Abu Bakar -PERLIS
"Semoga Projek Wakaf ini mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat, Amin" -Nurul Nadiah Mahmod -PERLIS
"Saya harap projek ini akan berterusan" -Rozita Azlina -NEGERI SEMBILAN
"Program yg baik mmberi laluan mudah kepada pewakaf-pewakaf yg berniat untuk berwakaf." -Hurun Ain -JOHOR
"Sangat setuju dengan Projek Wakaf Laman Ilmu ini diadakan sekaligus dapat memberi peluang kepada kami warga Malaysia yang luar dari Kelantan untuk memberikan wakaf seperti ini." -Mastura Ibrahim -PAHANG
Jadi anda tidak perlu tunggu, anda tidak perlu khuatir DAFTAR WAKAF sekarang dan anda boleh mula mewakafkan Naskah Al-Quran dan Kitab Pengajian. KLIK DAFTAR WAKAF SEKARANG